Monday, 25 June 2012
Kereta yang jimat bahan api
Perbandingan Power to Weight Ratio kereta sedan yang popular di Malaysia.
Ramai yang ingin memiliki kereta besar dan menjimatkan bahan api. Tapi bukan semua kereta besar yang menjimatkan bahan api jika mengunakan engine kapasiti kecil. Dengan zaman yang semakin maju dan modern pengeluar kereta berlumba-lumba mengeluarkan kereta yang makin selamat bila di timpa kemalangan. Pabila kereta semakin kukuh buatannya berat kereta semakin bertambah, apabila berat kereta semakin bertambah, kapasiti kuasa engine perlu ditambah untuk imbangan yang sempurna.
Ini sedikit perbandingan Power to Weight Ratio, lagi tinggi lagi bagus dari segi penjimatan bahan api dan engine tak perlu bekerja keras utk kelajuan tinggi.
CIVIC 1.8s (hp:pounds)= 0.0512
INSPIRA 2.0 (hp:pounds)=0.0497
CITY (hp:pounds)= 0.0469
PREVE CFE (hp:pounds)=0.0467
VIOS (hp:pounds)= 0.0466
Myvi 1.5 extreame (hp:pounds)=0.0464
FORD FIESTA sedan (hp:pounds)= 0.0464
WAJA cps (hp:pounds)=0.0459
SAGA SE 1.6L iafm (hp:pounds)=0.0453
Myvi 1.3L lagi best (hp:pounds)=0.0420
ALZA 1.5L (hp:pounds)=0.0420
PERSONA 1.6L (hp:pounds)=0.0417
POLO sedan (Malaysia spec), (hp:pounds)=0.0395
PREVE iafm+ (hp:pounds)=0.0372
perbandingan ini tidak semestinya tepat, kerana aerodinamik kenderaan juga perlu diambil kira juga. Warna hijau mewakili kereta import yang paling popular di malaysia, manakala merah mewakili kereta buatan proton
CIVIC 1.8s (hp:pounds)= 0.0512 =RM 119,995.30
INSPIRA 2.0 (hp:pounds)=0.0497=RM91,595.00
CITY (hp:pounds)= 0.0469=RM90,980.00
PREVE CFE (hp:pounds)=0.0467=RM72,990
VIOS (hp:pounds)= 0.0466=J RM 73,200.00=G=RM86,453.50
SAGA SE 1.6L iafm (hp:pounds)=0.0453=RM49,913
PERSONA 1.6L (hp:pounds)=0.0417=base line RM49,713
PREVE iafm+ (hp:pounds)=0.0372 =manual RM59,540.00 = CVT RM62,540.00
Anda dapat apa yang anda beli. Bagi orang yang cukup-cukup makan je mmg akan pilih kereta yang paling basic tapi nak yang terbaik. Bagi saya vios ada pilihan terbaik dari segi wang, honda city bagi mereka yang mampu, belilah walaupun basic car, ia tetap adalah honda!. Proton preve cfe juga kereta yang jimat bahan api, tetapi perlu diingat preve cfe mengunakan turbo, walaupun turbonya kecil ia tetap perlukan penjagaan rapi. Bagi preve iafm+ boleh dikatakan tidak berbaloi, nilai power to weight ratio paling rendah boleh tahu tahap pengunaan bahan api...
Selalunya jurujual akan promote kereta jualan mereka bagus dari segi saiz muatan barang yang boleh di tampung. Tetapi mereka tak pernah pun beri penerangan mengenai power to weight ratio kerenderaan yang mereka jualkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment