Beli kereta baru mesti nak ruang kabin yang cantik. Cantik sahaja tidak bermakna kalau suis-suis penting berada dalam keadaan yang sangat jauh atau terselindung dimana-mana. Suis yang sangat penting kat Malaysia ini ialah suis aircond.... kereta takda aircond memang mandi peluh la kalau terkandas dalam kesesakan lalu lintas.
Saya pernah memandu kereta persona yang di miliki oleh salah seorang sahabat saya. Ketika saya dalam pemanduan di ibu kota, saya tercari mana suis aircond persona, oh rupa-rupa berada di hadapan tombol gear dan amat jauh. Dalam keadaan suis yang amat jauh agak susah bila ingin melaraskan suis tersebut dalam keadaan kereta bergerak. Malah suis itu amat jangkal sebab ada picit dan tolak, dan lampu yang agak kecil.
Di sini saya pamerkan sebahagian gambar dashboard kereta di malaysia, bagi saya design yang suis-suis penting seperti aircond yang berhampiran dengan steering adalah design yang amat bagus. Dimana pereka dashboard ini ada otak untuk berfikir.... ehehehe
2. Honda JAZZ/FIT pun sama suis dan butang-butang berhampiran dengan steering. Pemandu tidak perlu berpaling terlalu lama dan masa melepaskan steering kereta sebab suis dan butang mudah di capai. Bagi butang radio tu agak jauh juga, tapi bagi adanya butang di steering ia tiada masalah untuk melaras radio.
3.Honda civic EK, model ini agak popular kat malaysia, local spec EJ/SO4 bagi jiwa-jiwa muda sebabnya VTEC power dan suspensi double arm-wishbone. Walaupun ini model 1999 suis aircond sudah berhampiran dengan steering. Ia telah memdapat rekaan baru, sebelum ini model 1996 tombol aircond adalah sebaris dengan radio.
4.Honda Civic FD. suis aircond di tengah, tapi design dashboard civic FD adalah melengkung jadi ia tetap mudah di capai.
5. Proton Inspira, tengelam kedalam... tapi ia ada suis auto untuk aircond... ok la design ini adalah asal dari model lancer.
7. Proton Preve, suis aircond agak kebawah, ada auto untuk aircond. tapi yang pelik kenapa suis door lock, air bag dan seatbelt suis terlalu jauh dengan steering. itu suis ke atau warning light je??
7. Vios,.. memadai la. tak jauh sangat dan tombol terkeluar.
8. Saga BLM, memadai la... mudah untuk di petik dengan mengunakan tombol jarum.
9. Proton Gen2/persona. jauh dan kedalam malah butang agak peling jangkal. Tekan lepas tu pusing pula...
10. Proton Satria Neo, pun sama butang macam Gen2... kenapa letak suis aircond tu jauh kedalam? sejak drive persona, saya terus laras aircond persona siap-siap sebelum memulakan perjalanan. Bila nak laras balik, kena berenti tepi jap... ahahahaha
Tapi saya rasa butang suis aircond proton saga LMS a.k.a kereta kebal yang paling jauh, sama je konsep gen2 dgn persona. Saya bukan la pereka interior kereta, cuma kadang-kadang kita boleh terfikir juga kenapa la letak suis aircond terlalu jauh.... Pereka tak fikir ke??? ahahaha.. cuba tengok honda hampir semua suis letak betul2 berhampiran steering bagi ia mudah di capai.
Harap proton boleh perbaiki design dashboard mereka....
No comments:
Post a Comment