Tuesday, 26 June 2012

kedudukan suis pada dashboard.


Beli kereta baru mesti nak ruang kabin yang cantik. Cantik sahaja tidak bermakna kalau suis-suis penting berada dalam keadaan yang sangat jauh atau terselindung dimana-mana. Suis yang sangat penting kat Malaysia ini ialah suis aircond.... kereta takda aircond memang mandi peluh la kalau terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Saya pernah memandu kereta persona yang di miliki oleh salah seorang sahabat saya. Ketika saya dalam pemanduan di ibu kota, saya tercari mana suis aircond persona, oh rupa-rupa berada di hadapan tombol gear dan amat jauh. Dalam keadaan suis yang amat jauh agak susah bila ingin melaraskan suis tersebut dalam keadaan kereta bergerak. Malah suis itu amat jangkal sebab ada picit dan tolak, dan lampu yang agak kecil.

Di sini saya pamerkan sebahagian gambar dashboard kereta di malaysia, bagi saya design yang suis-suis penting seperti aircond yang berhampiran dengan steering adalah design yang amat bagus. Dimana pereka dashboard ini ada otak untuk berfikir.... ehehehe



 1. Honda CRZ memang suis aircond dan butang-butang lain berhampiran dengan steering. Pemandu tidak perlu berpaling terlalu lama dan masa melepaskan steering kereta  sebab suis dan butang mudah di capai.



  2. Honda JAZZ/FIT pun sama suis dan butang-butang berhampiran dengan steering. Pemandu tidak perlu berpaling terlalu lama dan masa melepaskan steering kereta sebab suis dan butang mudah di capai. Bagi butang radio tu agak jauh juga, tapi bagi adanya butang di steering ia tiada masalah untuk melaras radio.








3.Honda civic EK, model ini agak popular kat malaysia, local spec EJ/SO4 bagi jiwa-jiwa muda sebabnya VTEC power dan suspensi double arm-wishbone. Walaupun ini model 1999 suis aircond sudah berhampiran dengan steering. Ia telah memdapat rekaan baru, sebelum ini model 1996 tombol aircond adalah sebaris dengan radio. 



4.Honda Civic FD. suis aircond di tengah, tapi design dashboard civic FD adalah melengkung jadi ia tetap mudah di capai.





5. Proton Inspira, tengelam kedalam... tapi ia ada suis auto untuk aircond... ok la design ini adalah asal dari model lancer.




 6. Honda city, lebih kurang proton inspira. tapi kedudukan terkeluar sedikit untuk mudah di capai pemandu. cuma ia tiada butang auto seperti inspira.






 7. Proton Preve, suis aircond agak kebawah, ada auto untuk aircond. tapi yang pelik kenapa suis door lock, air bag dan seatbelt suis terlalu jauh dengan steering. itu suis ke atau warning light je??









 7. Vios,.. memadai la. tak jauh sangat dan tombol terkeluar.




 8. Saga BLM, memadai la... mudah untuk di petik dengan mengunakan tombol jarum.




 9. Proton Gen2/persona. jauh dan kedalam malah butang agak peling jangkal. Tekan lepas tu pusing pula...




 10. Proton Satria Neo, pun sama butang macam Gen2... kenapa letak suis aircond tu jauh kedalam? sejak drive persona, saya terus laras aircond persona siap-siap sebelum memulakan perjalanan. Bila nak laras balik, kena berenti tepi jap... ahahahaha


Tapi saya rasa butang suis aircond proton saga LMS a.k.a kereta kebal yang paling jauh, sama je konsep gen2 dgn persona. Saya bukan la pereka interior kereta, cuma kadang-kadang kita boleh terfikir juga kenapa la letak suis aircond terlalu jauh.... Pereka tak fikir ke???  ahahaha.. cuba tengok honda hampir semua suis letak betul2 berhampiran steering bagi ia mudah di capai.

Harap proton boleh perbaiki design dashboard mereka....


CRZ dengan cvt

Hari ini honda mengeluarkan honda crv auto Continuous Variable Transmission dengan 7 kelajuan (Paddle Shift) di Malaysia. Ini memberi pilihan kepada pengguna yang inginkan kereta hot hatch hybrid ini dengan transmisi automatik. Dulu dengan versi manual....


Mesti ramai yang tertanya kenapa honda mengeluar jenis cvt auto, kenapa bkn dari auto 5speed convertional seperti honda city. Bagi pendapat saya, salah satunya adalah kos gearbox cvt lebih murah berbanding auto 5 speed atau 6 speed conversional. Gearbox cvt ini juga memberi penjimatan maksimum, cuma bagi saya dia kureng ummmph....


Kalau kita teliti specfikasi crz ini pun agak berlainan berbanding kereta 1.5cc yang lain. engine 1.5cc tapi letak gearbox manual 6 speed. Apa ke jadahnya gearbox 6 kelajuan manual pada engine kecil ini. Ini kerena untuk penjimatan minyak, Korang pernah bawak proton wira sedan 1.5 auto kaburetor model tahun 1995? atau pun model Injection, korang tahu gearbox auto wira tu ade brape?? ahahaha 3 je beb. 3 speed auto, bab minyak mmg kedarah la, sbb tak cukup gear. 110km/j haru meter rpm 4000.


Cuma diharapkan supaya gearbox cvt crz ini tidak seperti abang-abang city idsi vtec atau i-vtec cvt yang ada masalah jika tidak diselengara dengan baik.....

Monday, 25 June 2012

Kereta yang jimat bahan api


Perbandingan Power to Weight Ratio kereta sedan yang popular di Malaysia.

Ramai yang ingin memiliki kereta besar dan menjimatkan bahan api. Tapi bukan semua kereta besar yang menjimatkan bahan api jika mengunakan engine kapasiti kecil. Dengan zaman yang semakin maju dan modern pengeluar kereta berlumba-lumba mengeluarkan kereta yang makin selamat bila di timpa kemalangan. Pabila kereta semakin kukuh buatannya berat kereta semakin bertambah, apabila berat kereta semakin bertambah, kapasiti kuasa engine perlu ditambah untuk imbangan yang sempurna.
Ini sedikit perbandingan Power to Weight Ratio, lagi tinggi lagi bagus dari segi penjimatan bahan api dan engine tak perlu bekerja keras utk kelajuan tinggi.


CIVIC 1.8s (hp:pounds)= 0.0512
INSPIRA 2.0 (hp:pounds)=0.0497
CITY (hp:pounds)= 0.0469
PREVE CFE (hp:pounds)=0.0467
VIOS (hp:pounds)= 0.0466
Myvi 1.5 extreame (hp:pounds)=0.0464
FORD FIESTA sedan (hp:pounds)= 0.0464
WAJA cps (hp:pounds)=0.0459
SAGA SE 1.6L iafm (hp:pounds)=0.0453
Myvi 1.3L lagi best (hp:pounds)=0.0420
ALZA 1.5L (hp:pounds)=0.0420
PERSONA 1.6L (hp:pounds)=0.0417
POLO sedan (Malaysia spec), (hp:pounds)=0.0395
PREVE iafm+ (hp:pounds)=0.0372


perbandingan ini tidak semestinya tepat, kerana aerodinamik kenderaan juga perlu diambil kira juga. Warna hijau mewakili kereta import yang paling popular di malaysia, manakala merah mewakili kereta buatan proton

CIVIC 1.8s (hp:pounds)= 0.0512 =RM 119,995.30
INSPIRA 2.0 (hp:pounds)=0.0497=RM91,595.00
CITY (hp:pounds)= 0.0469=RM90,980.00
PREVE CFE (hp:pounds)=0.0467=RM72,990
VIOS (hp:pounds)= 0.0466=J RM 73,200.00=G=RM86,453.50
SAGA SE 1.6L iafm (hp:pounds)=0.0453=RM49,913
PERSONA 1.6L (hp:pounds)=0.0417=base line RM49,713
PREVE iafm+ (hp:pounds)=0.0372 =manual RM59,540.00 = CVT RM62,540.00


Anda dapat apa yang anda beli. Bagi orang yang cukup-cukup makan je mmg akan pilih kereta yang paling basic tapi nak yang terbaik. Bagi saya vios ada pilihan terbaik dari segi wang, honda city bagi mereka yang mampu, belilah walaupun basic car, ia tetap adalah honda!. Proton preve cfe juga kereta yang jimat bahan api, tetapi perlu diingat preve cfe mengunakan turbo, walaupun turbonya kecil ia tetap perlukan penjagaan rapi. Bagi preve iafm+ boleh dikatakan tidak berbaloi, nilai power to weight ratio paling rendah boleh tahu tahap pengunaan bahan api...

Selalunya jurujual akan promote kereta jualan mereka bagus dari segi saiz muatan barang yang boleh di tampung. Tetapi mereka tak pernah pun beri penerangan mengenai power to weight ratio kerenderaan yang mereka jualkan.

Semua tentang Info

Ini penulisan  dari saya yang menceritakan tentang segala info yang saya ketahui hanya untuk tujuan berkongsi bersama. Apa yang saya tulis bukan bererti ia 100 peratus benar mungkin ada  cacat-cela atau kesilapan. Sekian Terima Kasih...